Selasa, 7 Julai 2009

Universiti Darul Iman Malaysia

Bilik Penginapan di Blok Asrama Baru Universiti Darul Iman Malaysia

Pengembaraan Ilmu bermula kembali

Perjalanan hidup semakin rancak membawa aku ke arah sebuah kehidupan yang lebih mencabar dan bersikap professional dalam segala gerak laku.

Kini aku bergelar warga Universiti Darul Iman Malaysia dalam rangka meneruskan pengajian diperingkat Ijazah pertama Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) yang bakal berlangsung selama 3 tahun.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini?

Aku sendiri pun tidak tahu. Cuma yang pastinya, pengembaraan telah pun bermula...

Moga terus istiqomah bersama Islam yang tercinta.